Style Switcher

Layout options
  • Boxed Layout
  • Full Width Layout
Primary Color
Official Portal of IJCFH Universiti Malaysia Kelantan
 
TeniatBanner2

e-SOLMS: KAJIAN TAHAP PEMBELAJARAN TERARAH MELALUI SISTEM PENGURUSAN PEMBELAJARAN BERORIENTASIKAN PELAJAR

KHAIRUL AZHAR MAT DAUD*

ABDUL RASHID MOHAMED**

MOHD ALI SHAMSUDIN***

 

Abstrak

Kajian ini dijalankan bagi melihat kesan sistem web e-SOLMS (e-Student Oriented Learning Management System) terhadap tahap kesediaan pembelajaran terarah kendiri pelajar melalui pendekatan pembelajaran terarah kendiri secara atas talian di Politeknik Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia. Kajian ini didasari oleh pembelajaran konstruktivism dan mengunakan model pembelajaran terarah kendiri secara atas talian Song dan Hill, 2007. Kaedah kuasi eksperimen digunakan dalam kajian ini. Hasil kajian menunjukkan bahawa terdapat hubungan yang signifikan antara kaedah pembelajaran terarah kendiri secara konvensional dengan secara atas talian terhadap tahap kesediaan pembelajaran terarah kendiri pelajar. Perbandingan nilai mean bagi ketiga-tiga konstruk menunjukkan peningkatan terhadap tahap kesediaan pembelajaran terarah kendiri pelajar. Tiga konstruk yang diukur ialah pengurusan kendiri (mean = 4.02), keazaman untuk belajar (mean = 4.21) dan kawalan kendiri (mean = 3.83).

 

Kata Kunci : e-SOLMS, kesediaan pembelajaran terarah kendiri

 

Abstract

 

This study was conducted to see the impact of e-SOLMS (e-Student Oriented Learning Management System) for self-directed learning readiness of students through on-line self-directed learning approach at Polytechnic Ministry of Higher Education Malaysia. This study was based on the constructivist learning and on-line self-directed learning model (Song and Hill, 2007). Quasi-experimental methods are used in this study. The results show that there was a significant relationship between self-directed learning method of conventional on-line with the level of student self-directed learning readiness. Comparison of mean values for the three constructs indicates an increase in the level of student self-directed learning readiness. Three constructs were measured as self-management (mean = 4.02), desire to learn (mean = 4.21) and self-control (mean = 3.83).

 

Keywords : e-SOLMS, self directed learning readiness

___________________________

*PhD, Pensyarah Kanan dan Timbalan Dekan, Fakulti Teknologi Kreatif dan Warisan, Universiti Malaysia Kelantan

** Ph.D, Profesor dan Dekan , Sekolah Pengajian Pendidikan, Universiti Sains Malaysia

*** Ph.D, Pensyarah Kanan, Sekolah Pengajian Pendidikan, Universiti Sains

:: Download Full Article ::

|| ACHIVE | JUNE 2013 ||