Style Switcher

Layout options
  • Boxed Layout
  • Full Width Layout
Primary Color
Official Portal of IJCFH Universiti Malaysia Kelantan
 
TeniatBanner2

KHATIJAH AWANG DAN SERI TEMENGGONG: SATU KAJIAN KES TERHADAP KEUSAHAWANAN SENI

FAROK ZAKARIA*

Abstrak

Tulisan ini mengupas usaha Khatijah Awang dalam mengurus sebuah perniagaan seni yang bercirikan kekeluargaan dalam menjadikan kelangsungan hidup Mak Yong. Beliau yang sering dipanggil Mak Jah, terkenal di Malaysia sebagai primadona Mak Yong. Namun tidak ramai yang mengetahui tentang bakat beliau dalam pengurusan seni persembahan. Mengambil peranan sebagai penggiat dan usahawan seni, Mak Jah telah bertungkus lumus menjalankan perniagaan seni persembahan warisan keluarganya secara komersial. Kebolehan mengurus beliau terbukti dengan perolehan pelbagai penaja bagi persembahan Mak Yong dalam tahun 1990-an. Walaupun memegang pelbagai tanggungjawab samada sebagai, ibu, anak, isteri dan juga primadona Mak Yong, kebolehan beliau untuk menggabungkan semua ahli keluarga untuk membuat persembahan yang komersial terbukti berjaya. Dari sekecil-kecil persembahan tarian bagi makan malam sehinggalah kepada persembahan diraja, Mak Jah telah berjaya mengasah bakat anak-anaknya dalam perniagaan seni.

Kata kunci: Mak Yong, pengurusan,  

Abstract

This paper presents Khatijah Awang’s efforts in managing a family business for the Mak Yong survival. She who is often called Mak Jah, is well known in Malaysia as Primadona Mak Yong. But not many know about of her talents in the management of performing arts. Taking the role as player and art entrepreneur, Mak Jah has painstakingly performed arts business which is her family heritage in a more commercial way. Her ability to manage was proven by the acquisition of many sponsors for Mak Yong performances in the 1990's. Despite holding various responsibilities that include as a mother, daughter, wife and also Primadona Mak Yong, her ability to bring together members of the family to make commercial performance was proven successful. From the smallest dinner dances to royal performances, Mak Jah has been successful in shaping her childeen’s talents towards the business of art performances.

Keywords: Mak Yong, management.

______________________

*Profesor, PhD. Pengarah Pusat Bahasa dan Pembangunan Insaniah, Universiti Malaysia Kelantan

:: Download Full Article ::

|| ACHIVE | JUNE 2013 ||